BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 12, 2013

Jauh Disudut Hati aku amat merinduimu (Mak)

Mak
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Mak kerinduan yang aku tanggung sejak pemergianmu tidak dapat aku pendamkan.. hanya melihat gambar dan mencium baju2mu yg dpt menghilangkan kerinduan aku padamu selain menziarah pusaramu serta menghadiahkan Al-fatihah dan Yassin.Pemergianmu amat aku terasa. Baru 2minggu pemergianmu aku telah merindumu.. bayangkan bagaimana hari2 yg mendatang tanpa kau disisi.. pada sapa aku ingin bercerita, pada sapa aku ingin mengadu, pada sapa aku ingin bermanja.. Mak jauh disudut hati ini merelakan pemergianmu.. tapi ketentuan Allah aku pasrah menerima tatkala hati aku memeronta tidak kehilanganmu..

MAK, Sejak pemergianmu hidup aku terasa kosong, aku menjalani kehidupan seharian aku sendirian.. hanya gerak badan aku sahaja yang bekerja tapi hati aku kosong.. Aku cuba melawan perasaanku tpi hakikatnya aku tak mampu.. tak tahu bagaimana hendak aku jalani kehidupan seharian aku tanpamu...Mak Pemergianmu tanpa di duga, tanpa sebarang tanda, kau pergi tak kan kembali.

MAK, Semasa mendengar pemergianmu, hanya Allah saja yg tahu perasaan aku tatkala itu..terasa dunia seakan gelap.. hanya kekuatan yg ada aku gagahi memandu pulang kerumah.. sepanjang perjalanan hanya airmata menemani aku.. MAK, anakmu ini amat merinduimu.. 

MAK, Saat ini kenangan manis, gelak ketawa, bergurau senda tatkala kau ada dahulu bermain di benak fikiranku.. bagaimana harus aku melupakanmu.. adakah aku kuat tuk hadapinya? Buat masa sekarang aku masih lagi terasa kau ada di sisiku.. tapi itu semua mimpi.. mimpi di siang hari kerana engkau kini telah pergi dan tak akan kembali.. Hanya iringan Doa, Al-Fatihah serta Yassin mengiringi pemergianmu.. MAK, Semoga damailah kau disana, semoga kau bersama orang2 yg beriman lagi solehah... Aku sentiasa merindui setiap masa.. Segala nasihatmu akan aku dengar dan akan aku jadikan panduan hidup..

Mak aku rindu kanmu..

  
 

Wednesday, March 30, 2011

Baju Balik Yang Glamour


Cantik tak?? Glamour tak?? Baju nie aku pakai sewaktu Majlis PIBG sekolah aku. Inilah baju batik pertama yang aku beli dan tempah. Batik nie aku beli kat kawan aku. Sapa yang berminat boleh la berhubung dengan aku sb aku salah seorang agennya hahaha.. Masa majlis tu aku rasa macam aku je yang YDP PIBG.. Ramai org memuji Baju aku. Aku rase bersinar2 seperti Mutiara di dalam Tiram hahaha..Aku ada lagi 1. Tapi belum lagi dijahit.. Nantikan kemunculan baju yang Ke 2...

GMJ Akan Ke Sabah




















Akhirnya korang dapat juga datang ke Sabah.. Syukur perancangan kali ini hampir menjadi kenyataan. Terima Kasih aku ucapkan pada korang yang sudi datang ke Sabah. Tak sabar aku nak jupa korang di KK pada 23.9 hingga 26.9.2011. Aku akan bawa korang jalan2 kat sabah. Tempat2 yang menarik yang bole tenangkan jiwa raga korang yang selalu bercelaru.. Tak sabar nak memekak dalam kereta kan.. Tak sabar aku nak mengumpat dalam kereta kn.... Tak sabar aku nak karaoker dengan korang. Main bowling lagi.. Tak sabarnya... Dah 11 tahun kita berkawan kan. Rasanya sekejap masa berlalu. Masing2 dh ada kerjaya sendiri.. Raya nnt kita beraya sama2 lagi.. Kita datang semua rumah kawan2 kita.. Nak snap2 pic dengan korang.. Aku harap apa yang kita rancang akan berjalan dengan lancar... Doa2kan segalanya Direstui Illahi...

Wednesday, March 16, 2011

Semangat Untuk Kawan

As salam dan salam sejahtera.
Kawan ada pelbagai jenis kawan. ada kawan jahat, baik dll. disini aku ingin bercerita tentang seorang kawan yang aku sayangi. dimana kami telah berkawan hampir 11 tahun. ia sesuatu yg agak lama. walaupun kami berjauhan antara 1 sama lain, tapi kami dekat dihati. lihat saja dunia skrg pelbagai cara untuk berhubung dengan orang yg jauh contohnya Facebook, hp, 3g dll. bukan itu yg ingin aku tulis, tetapi aku ingin memberi semangat pada kawanku ini agar tabah menghadapi dugaan yang sedang melanda diri dia skrg ini.. kawanku ini sedang kesedihan di kala masalah peribadi yang aku agaknya amat2 perlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental. jika berlaku pada aku pun, aku tak pasti bagaimana untuk aku hadapi seorang diri.. bayangkan orang yg kita sayangi selama bertahun2 akhirnya pergi setelah cinta suci diberi putus di tengah jalan.. alangkah sedihnya kawanku itu... kami berhubung melalui Facebook, dimana disitu aku memberikan kata2 semangat menyokong dirinya agar dirinya terasa dihargai. Aku tidak mahu die bersedih kerana hal ini. Aku berharap pada die agar die tabah menghadapi segala dugaan dan tabah menghadapi hari2 seterusnya.. Jodoh di tangan tuhan. Mungkin bkn rezeki die tuk hdup bersama pasangannya.. Aku berharap suatu hari nnt ada seorang akan hadir dan menyayangi dirinya dimana sinar kebahagiaan akan terpancar di dlm hati die..Aku doakan persahabatan kami terus sampai ke akhir hayat...Percaya kami GMJ sentiasa menyayangi kau selalu..

Video Editing yg aku Create
                                    

Thursday, January 20, 2011

Dah lama tidak menulis blog

Aku rase sudah lama aku tidak menulis blog aku nie.. kadang2 aku rajin kadang2 aku malas.. tapi malas lagi banyak dari rajin... errm.. nak buka topik apa dlu ya... ha.. skrg nie aku ada protege... ala budak praktikal dari IKM praktikal kat tempat aku selama 3 bulan.. bebanan kje bole la aku serahkan die skit.. bole aku bergoyang senang lenang nnt hahahaha... tapi budak tu lagi teror dari aku.. kiranya aku kena banyak belajar dari die kan... aku harap aku dpt belajar repair pc dengan die... selain tu aku skrg bz buat video kawin kawan aku.. aku nie mencuba nasib jak.. takde la best mana pun aku buat... simple2 ajer.. pnat la jgk aku buat.. mcm2 cara aku lakukan akhirnya berjaya la skit aku buat. esok nak sambung lagi.. harap dpt siap dengan cepat sb dateline dh nak dekat huhuhuhu...nape semenjak dua menjak nie aku rase ssh ye huhuhu ssh dari segi ape ye hurm.. nie la pengajaran supaya lebih berhati2 di masa hadapan huhuhu.. oklah nnt aku sambung lagi ye.. ada kje baaa....

Monday, January 4, 2010

Selamat Hari Jadi Ke 25




















Ini kek harijadi aku yang Ke 25tahun... Kek nie dihadiahkan oleh kawan-kawan aku di tempat kerja.. terima kasih sume.. aku betul-betul terharu bile korang sume wat mcm ne huhuhu... nnt tahun depan buat lagi k. buat lagi Hebat tau hahahha..
apa-apa pun terima kasih..
Sebenarnya aku dh lama tak memotong kek time harijadi aku, tapi kali nie aku dpt jugak potong huhuhu... pastu siap dpt hadiah coklat lagi.. lagi aku suke hahah.. kawan-kawan aku tak pernah buat mcm nie.. tapi kali nie merasa juga aku.. ckuplah sekali dalam hidup huhu







Monday, December 28, 2009

hidupku.... fazly: Masa Nie aku gi Kursus...