BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 12, 2013

Jauh Disudut Hati aku amat merinduimu (Mak)

Mak
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Mak kerinduan yang aku tanggung sejak pemergianmu tidak dapat aku pendamkan.. hanya melihat gambar dan mencium baju2mu yg dpt menghilangkan kerinduan aku padamu selain menziarah pusaramu serta menghadiahkan Al-fatihah dan Yassin.Pemergianmu amat aku terasa. Baru 2minggu pemergianmu aku telah merindumu.. bayangkan bagaimana hari2 yg mendatang tanpa kau disisi.. pada sapa aku ingin bercerita, pada sapa aku ingin mengadu, pada sapa aku ingin bermanja.. Mak jauh disudut hati ini merelakan pemergianmu.. tapi ketentuan Allah aku pasrah menerima tatkala hati aku memeronta tidak kehilanganmu..

MAK, Sejak pemergianmu hidup aku terasa kosong, aku menjalani kehidupan seharian aku sendirian.. hanya gerak badan aku sahaja yang bekerja tapi hati aku kosong.. Aku cuba melawan perasaanku tpi hakikatnya aku tak mampu.. tak tahu bagaimana hendak aku jalani kehidupan seharian aku tanpamu...Mak Pemergianmu tanpa di duga, tanpa sebarang tanda, kau pergi tak kan kembali.

MAK, Semasa mendengar pemergianmu, hanya Allah saja yg tahu perasaan aku tatkala itu..terasa dunia seakan gelap.. hanya kekuatan yg ada aku gagahi memandu pulang kerumah.. sepanjang perjalanan hanya airmata menemani aku.. MAK, anakmu ini amat merinduimu.. 

MAK, Saat ini kenangan manis, gelak ketawa, bergurau senda tatkala kau ada dahulu bermain di benak fikiranku.. bagaimana harus aku melupakanmu.. adakah aku kuat tuk hadapinya? Buat masa sekarang aku masih lagi terasa kau ada di sisiku.. tapi itu semua mimpi.. mimpi di siang hari kerana engkau kini telah pergi dan tak akan kembali.. Hanya iringan Doa, Al-Fatihah serta Yassin mengiringi pemergianmu.. MAK, Semoga damailah kau disana, semoga kau bersama orang2 yg beriman lagi solehah... Aku sentiasa merindui setiap masa.. Segala nasihatmu akan aku dengar dan akan aku jadikan panduan hidup..

Mak aku rindu kanmu..