BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 28, 2009

hidupku.... fazly: Masa Nie aku gi Kursus...

Friday, November 13, 2009

Mimpi Buruk















Gambar Hiasan



Malam 13hb Nov 2009
Jumaat
Aku mimpi buruk dimana aku telah meninggal dunia dengan tiba2.... dlm mimpi aku tu aku di kapankan, dimandikan.... tiba untuk dikebumikan mereka masukkan jenazah aku kedalam liang lahad yang sempit dimana mereke tekan2 jenazah aku, supaya aku bole dimasukan ke dalam liang lahad tu.. selain tu kepala aku dialaskan simen berbentuk segiempat tepat.... sedang mereka mengurus kebumikan jenazah sambil tanah di hambur ke jasadku tiba2 aku bangun dan keluar dari liang lahad tu... semua org tak berasa takut tapi mereka terkejut ngan kebangkitan aku... lalu ayah aku bertanya pada aku " kenapa ko bangun orang nak kebumikan ko" aku jawap aku di berikan nyawa semula untuk aku bertaubat.... dan serta merta aku tersedar dari mimpi...

aku menjadi takut dan aku lihat jam disebelah aku pukul 4.15 pagi. masa tu dh subuh tapi aku tak bangun pun subuh sb aku malas.. adakah dosa2 aku nie dh terlebih.. mungkin ini petunjuk kepadaku bahawa Allah memberikan aku peluang untuk bertaubat sebelum die mengambil aku. aku tkt seandainya Allah mengambil aku sebelum aku sempat mengumpul pahala.. Oh tuhan ampunkan dosa2 hambamu ini, berikanlah aku petunjuk dan hidayahmu supaya aku kejalan yang benar...

amin....

Persahabatan

korang tahu erti persahabatan..
dimana susah nak mencari tatkala zaman semakin canggih dengan segala teknologi yang canggih.. semakin hari semakin canggih teknologi d negara kita. bukan teknologi yang aku nak ceritakan tapi tentang sebuah persahabatan yang terjalin lamanya...

aku merindu zaman persekolahan dimana aku dan kawan2 aku begitu teruja mengharungi alam keremajaan. pelbagai perkara yang indah lagi mencuit hati meniti semasa kami bersama2 mengharungi alam keremajaan kami di alam persekolahan. Aku bersekolah asrama dimana aku mempunyai 5 orang kawan termasuk aku yang begitu sporting, yang begitu berdedikasi lagi sensasi hahah....

KEJUWAKAIZAL

KE = kecik
JU = Julie
WA = waie
KAI = kai
ZAL = pejal

nama nie dicipta oleh kecik salah seorang kawan aku yang paling kecik, putih, ensem dan ramai awek huhuhu. nama sebenarnya helmi tapi org panggil di kecik sb die yang paling kecik. yang kedua julie.. die sporting, cantik, menawan, tinggi persis model. siapa yang melihatnya pasti terpikat hahahah. dialah paling tinggi di antara kami dan muke die ala2 mamak gitu hahahh. ketiga waie iaitu aku... aku nie dlu kelas PPN, dimana kelas yang terlampau banyak awek2 cantik2 yang menjad ikegilaan ramai lelaki huhuhuh. keempat akai kawan yang paling rapat ngan aku.. lelaki yang suke cari awek time kat sekolah hahahh dan kelima pejal seorang yang low profile dan paling teror antara kami...

banyak perkara2 yang berlaku selama kami bersama di alam persekolahan. perkara yang duka, suka, lucu dll semua ada.. hingga sekarang nie aku masih ingat setiap perkara dan perbuatan yang berlaku. bila aku sorang2 aku akan teringat dan aku akan tergelak sendirian memikirkan zaman persekolahan aku yang begitu indah dlm hidupku..

aku merindui kawan2 aku, kawan2 sekelas aku jay, nonon, teha, nana dll yang aku tak dpt menyebut, bukan terlupa tapi terlalu ramai, yang bole aku katakan budak2 PPN2 Tahun 2002. korang sume dlm ingatan aku... tak pernah aku lupe dan gambar korang masih dlm simpanan aku... andai waktu dpt diputarkan kembali, nak aje aku kembali ke zaman persekolahan. penuh dengan gelak ketawa bersama... walaupun kite sume dh lama tak berjumpa, tapi aku still igt korang walaupun bentuk asal korang tak mcm zaman2 sekolah dulu... aku faham makin berumur bentuk asal tak dpt dikawal huhuhuh mcm aku jugak yang dh semakin berisi huhuhuhu....

tapi ramai kawan2 aku yang dh berkahwin termasuk kawan baik aku akai... akai ngan aku dh seperti keluarga.. terlalu rapat. walaupun aku ngan die keje jauh2 tapi kami still berkomunikasi melalui telifon, YM, FB... persahabatan kami tak pernah putus walaupun kami berjauhan. skrg nie die dh ada tanggungjawab die sendiri sb dia dh kawin n tak lama lagi die bakal jadi ayah.. aku tumpang gembira dengan kehidupan die...

dh panjang aku menulis kan.. so korang sume igt lagi kawan2 persekolahan korang... hubungi lah mereka supaya persahabatan tetap terjalin sepanjang hidup korang.....

Thursday, November 12, 2009

Masa Nie aku gi Kursus...
















Masa nie aku pergi kursus ngan kawan2 aku. Kursus Asas komputer dan juruteknik... ramai gak juruteknik dari sekolah2 lain dari tawau, lahad datu, semporna... majaroti org sabah.. org semenanjung sikit aje.. tak kisah ar... bole tambah2 ilmu disamping mencari jodoh hahahah.. tapi tech perempuan sikit aje... bape org aje... takde yang aku minat huhuhu... mcm ne aku nak mencari cinta.. cinta sejati lah konon...

Masa pergi kursus ramai aku jupe kawan2 masa time2 posting... ada yang dh gemuk, ada yang maintain.. biasalah lah tech komputer nie bukan banyak keje pun.. tu pasal berat badan tak terkawal.. contohnya mcm kawan2 aku.. sume tembam2 terpaksa aku ikut tembam jugak huhuhu.. tapi tak kisah yang asalkan meke bahagia... bahagia bersama dengan ............ biarlah rahsia huhuhu..

Hotel kat situ ok, tapi makanan die tu bukan selera aku le... sejak kursus tu aku makan mesti aku sakit perut sampai 3 kali.. adakah makanan kat situ tak bersih atau makanan tu tak sesuai untuk aku.. maklum le aku nie kan taste tinggi huhuhu... tak reti nak makan yang pelik2 hahahah.. tapi bilik die mmg cantik.. nmpk permandangan daerah tawau.. aku dpt bilik dimana ada pintu di dalam bilik yang bole ke bilik sebelah tanpa mengguna pintu utama... bestkan klu dpt bilik mcm tu.. klu sebilik ngan kawan2 yang satu kepala... gerenti macam2 bole buat.... cthnya sembanyang berjemaah ke, qiamulai ke dan sebagainya.... alim le plak aku nie huhuhu

lepas nie aku nak p kursus induksi plak. salah satu kursus yang perlu hadir untuk aku sah jawatan.. aku pergi ngan kawan aku.. mcm boring aje... 10 hari plak tu.. tersiksa batin dan nurani aku hahahahah.....


Monday, November 2, 2009

Cinta