korang tahu erti persahabatan..
dimana susah nak mencari tatkala zaman semakin canggih dengan segala teknologi yang canggih.. semakin hari semakin canggih teknologi d negara kita. bukan teknologi yang aku nak ceritakan tapi tentang sebuah persahabatan yang terjalin lamanya...
aku merindu zaman persekolahan dimana aku dan kawan2 aku begitu teruja mengharungi alam keremajaan. pelbagai perkara yang indah lagi mencuit hati meniti semasa kami bersama2 mengharungi alam keremajaan kami di alam persekolahan. Aku bersekolah asrama dimana aku mempunyai 5 orang kawan termasuk aku yang begitu sporting, yang begitu berdedikasi lagi sensasi hahah....
KEJUWAKAIZAL
KE = kecik
JU = Julie
WA = waie
KAI = kai
ZAL = pejal
nama nie dicipta oleh kecik salah seorang kawan aku yang paling kecik, putih, ensem dan ramai awek huhuhu. nama sebenarnya helmi tapi org panggil di kecik sb die yang paling kecik. yang kedua julie.. die sporting, cantik, menawan, tinggi persis model. siapa yang melihatnya pasti terpikat hahahah. dialah paling tinggi di antara kami dan muke die ala2 mamak gitu hahahh. ketiga waie iaitu aku... aku nie dlu kelas PPN, dimana kelas yang terlampau banyak awek2 cantik2 yang menjad ikegilaan ramai lelaki huhuhuh. keempat akai kawan yang paling rapat ngan aku.. lelaki yang suke cari awek time kat sekolah hahahh dan kelima pejal seorang yang low profile dan paling teror antara kami...
banyak perkara2 yang berlaku selama kami bersama di alam persekolahan. perkara yang duka, suka, lucu dll semua ada.. hingga sekarang nie aku masih ingat setiap perkara dan perbuatan yang berlaku. bila aku sorang2 aku akan teringat dan aku akan tergelak sendirian memikirkan zaman persekolahan aku yang begitu indah dlm hidupku..
aku merindui kawan2 aku, kawan2 sekelas aku jay, nonon, teha, nana dll yang aku tak dpt menyebut, bukan terlupa tapi terlalu ramai, yang bole aku katakan budak2 PPN2 Tahun 2002. korang sume dlm ingatan aku... tak pernah aku lupe dan gambar korang masih dlm simpanan aku... andai waktu dpt diputarkan kembali, nak aje aku kembali ke zaman persekolahan. penuh dengan gelak ketawa bersama... walaupun kite sume dh lama tak berjumpa, tapi aku still igt korang walaupun bentuk asal korang tak mcm zaman2 sekolah dulu... aku faham makin berumur bentuk asal tak dpt dikawal huhuhuh mcm aku jugak yang dh semakin berisi huhuhuhu....
tapi ramai kawan2 aku yang dh berkahwin termasuk kawan baik aku akai... akai ngan aku dh seperti keluarga.. terlalu rapat. walaupun aku ngan die keje jauh2 tapi kami still berkomunikasi melalui telifon, YM, FB... persahabatan kami tak pernah putus walaupun kami berjauhan. skrg nie die dh ada tanggungjawab die sendiri sb dia dh kawin n tak lama lagi die bakal jadi ayah.. aku tumpang gembira dengan kehidupan die...
dh panjang aku menulis kan.. so korang sume igt lagi kawan2 persekolahan korang... hubungi lah mereka supaya persahabatan tetap terjalin sepanjang hidup korang.....
Friday, November 13, 2009
Persahabatan
Dicatat oleh fazlylee di 4:57 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ulasan:
terharu aku waie...hu3
yeke akai ko terharu...
Post a Comment