Gambar Hiasan
Malam 13hb Nov 2009 Jumaat
Aku mimpi buruk dimana aku telah meninggal dunia dengan tiba2.... dlm mimpi aku tu aku di kapankan, dimandikan.... tiba untuk dikebumikan mereka masukkan jenazah aku kedalam liang lahad yang sempit dimana mereke tekan2 jenazah aku, supaya aku bole dimasukan ke dalam liang lahad tu.. selain tu kepala aku dialaskan simen berbentuk segiempat tepat.... sedang mereka mengurus kebumikan jenazah sambil tanah di hambur ke jasadku tiba2 aku bangun dan keluar dari liang lahad tu... semua org tak berasa takut tapi mereka terkejut ngan kebangkitan aku... lalu ayah aku bertanya pada aku " kenapa ko bangun orang nak kebumikan ko" aku jawap aku di berikan nyawa semula untuk aku bertaubat.... dan serta merta aku tersedar dari mimpi...
aku menjadi takut dan aku lihat jam disebelah aku pukul 4.15 pagi. masa tu dh subuh tapi aku tak bangun pun subuh sb aku malas.. adakah dosa2 aku nie dh terlebih.. mungkin ini petunjuk kepadaku bahawa Allah memberikan aku peluang untuk bertaubat sebelum die mengambil aku. aku tkt seandainya Allah mengambil aku sebelum aku sempat mengumpul pahala.. Oh tuhan ampunkan dosa2 hambamu ini, berikanlah aku petunjuk dan hidayahmu supaya aku kejalan yang benar...
amin....
Friday, November 13, 2009
Mimpi Buruk
Dicatat oleh fazlylee di 5:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 ulasan:
Post a Comment